Ali dan Abu baru pulang dari bandar, mereka terpaksa melalui jalan pintas yang bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.
Hari mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup-sayup mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.
Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan erlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kubur dan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat.
Dalam keadaan yang agak gelap itu, orang tu tersebut tekun mengukir sesuatu di atas batu nisan. Ali & Abu bersuara "Fuuhh..terkejut kami, ingatkan pakcik ni hantu tadi, buat kami terkejut aje".
Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya: "Apa yang pakcik buat malam-malam buta kat kubur ni??"
Tiba-tiba lelaki tua itu menjawab dengan marah..."Bodoh!!! Dia orang salah eja nama aku!"
Sunday, March 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

















0 comments:
Post a Comment